Tuesday, 28 January 2014

"Syahid Yang Tertangguh"
Begitulah gelaran yang diberikan oleh sahabat Allahyarham Ahmad Ammar yang telah menemui penciptanya 2 November 2013 yang lalu.
                                                                                             

Kehidupan dan perjuangan anak muda yang berusia 20 tahun ini telah mendapat perhatian seluruh rakyat Malaysia khususnya umat Islam sendiri. Video kenangan Ahmad Ammar menjadi perkongsian sehinggakan sesiapa yang menontonnya pasti sebak dan mengalirkan air mata. Pada 14 Januari lalu bersamaan 12 RabiulAwal, Allahyarham turut menerima anugerah Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1435H.

Rentetan daripada itu, Pihak ABIMSar dengan kerjasama PERKEPIS dan Islamic Information Centre telah menganjurkan program Inspirasi Ammar Nahdah Jiwa Anak Muda yang akan di adakan pada :-

Tarikh : 1 Februari 2014 /Sabtu

Masa : 8 Malam

Tempat : Islamic Information Centre

Program ini turut menampilkan tetamu istimewa iaitu ibu dan bapa kepada Allahyarham iaitu Tuan Haji Ahmad Azam Bin Abd Rahman dan Puan Nor Azlina Aziz.

Serba Sedikit Mengenai Allahyarham Ahmad Ammar Bin Ahmad Azam

Ahmad Ammar Bin Ahmad Azam merupakan penuntut jurusan Sejarah di Universiti Marmara, Turki telah kembali ke rahmatullah bertemu dengan penciptanya pada 2 November 2013 yang lepas  akibat dilanggar ambulan ketika melintas jalan di Istanbul, Turki. Semasa hayatnya, beliau merupakan pemuda yang banyak berjasa kepada masyarakat. Pada usia semuda itu beliau telah pun menyertai pelbagai misi kemanusiaan di beberapa negara di dunia seperti di Syria dan sebagainya.  Selain itu, beliau  amat dikenali kerana mempunyai budi pekerti yang baik, tekun, berdisiplin, taat, bercita-cita tinggi dan sikap hormatnya kepada yang lebih dewasa. Beliau juga dihormati sebagai seorang yang kuat ilmu agama dan aktif dalam dakwah memperjuangkan agama Islam. Istimewanya, Allahyarham telah  disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan menghadap Laut Golden Horn, Turki dimana tanah perkuburan tersebut  menempatkan lebih 60 jasad para sahabat nabi, termasuk sahabat Nabi, Abu Ayub Al-Ansari r.a., para-para auliya’, panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di sana. Namun Datuk Bandar telah memberi pengecualian kepada Ammar hingga allahyarham menjadi orang Malaysia pertama disemadikan di situ.                                        

Wednesday, 31 July 2013

13 CARA MUDAH BANGUN QIAMULLAIL

13 CARA MUDAH BANGUN QIAMULLAIL

Faktor yang memudahkan seseorang itu boleh bangun untuk berqiyamullail

Menurut Syeikh Muhammad Solih al-Munajjid, terdapat beberapa faktor penting yang dilihat boleh membantu umat Islam untuk bangun bagi melakukan solat di tengah malam seperti di bawah ini:

1. Ikhlas kepada Allah dalam setiap tindakan yang dilakukan bagi meraih keredaan-Nya, iaitu melakukan solat malam dengan merahsiakannya daripada pengetahuan orang ramai, ia bertujuan supaya tidak ada rasa riak dalam diri.

2. Hendaklah bagi orang yang melakukan solat malam itu mempunyai perasaan dalaman, bahawa Allah SWT menjemputnya untuk bangun di tengah malam.

3. Mengetahui sedalam-dalamnya ilmu mengenai kelebihan bangun di tengah malam berdasarkan pengajian dan perbincangan.

4. Memerhati kepada kesungguhan individu-individu terdahulu daripada kita yang istiqamah dan iltizam melakukan qiyamullail khususnya para solihin di kalngan para sahabat dan ulama.

5. Tidur di atas lambung sebelah kanan akan memudahkan seseorang itu boleh bangun di tengah malam seperti yang ditunjukkan oleh baginda Rasulullah s.a.w.

6. Tidur dalam keadaan berwuduk seperti ditegaskan oleh Rasulullah; “Apabila anda hendak masuk tidur, berwuduklah seperti untuk menunaikan solat.” Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim daripada al-Barra Bin Azib.

7. Bersegera masuk tidur (tidur di awal waktu) terutama lepas solat Isyak seperti amalan yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.

8. Berzikir dengan wirid-wirid yang Ma’thur seperti Ma’thurat sebelum tidur, kerana ia menjadi benteng diri daripada kejahatan Syaitan dan membantu untuk mudah bangun, atau ayat-ayat pilihan dari al-Quran, baca doa tidur, membaca tiga Qul dan sebagainya.

9. Seboleh-bolehnya tidur sebentar di siang hari yang dikenali sebagai ‘Qailulah’, iaitu sebelum masuk waktu Zohor atau selepasnya, ala kadar setengah jam.

10. Elak daripada banyak makan dan minum, kerana ia boleh membantutkan hasrat untuk bangun di tengah malam.

11. Bertekad sedaya upaya untuk bangun malam dalam apa jua keadaan.

12. Menjauhkan dosa dan maksiat, kerana ia dikenal-pasti sebagai penghalang pertama dan utama dari mudah untuk bangun di tengah malam.

13. Membuat perhitungan diri (muhasabah) jika tidak mampu untuk bangun di tengah malam.

Ketahuilah wahai saudara-saudaraku sekelian!

Qiyamullail adalah ibadat yang menghubungkan hati kita dengan Allah selain ia adalah sunnah muakkadah yang sangat dianjurkan oleh Nabi s.a.w. Baginda bersabda : “Hendaklah kamu lakukan solat di tengah malam, sesungguhnya ia merupakan kebiasaan kepada orang-orang soleh sebelum kamu, ia boleh mendekatkan kamu kepada Tuhan kamu, ia juga penghapus segala dosa, penghalang daripada terjebak kepada maksiat dan dosa dan penawar kepada penyakit yang ada di tubuh.” Hadis riwayat Imam Ahmad dan Tirmizi.


Friday, 19 July 2013

Batalkah puasa jika..........

Ulama terbilang dunia ketika ini, Dr Yusoff Al-Qaradhawi pernah menyebut dan meluah rasa kurang setuju beliau dengan tindakan para ulama yang terlalu meluaskan perbuatan yang membatalkan puasa. Beliau lebih setuju untuk mengecilkan skop dan ruang lingkup pembatalan puasa kepada perbuatan yang benar-benar terdapat dalil tepat dari al-Quran, al-Hadith dan disepakati ulama sahaja.


Beliau berpendapat perbincangan panjang lebar oleh ulama silam, antaranya para ulama dari mazhab Hanafi dan ulama mazhab-mazhab lain menyebut sekitar 57 bentuk perbuatan yang membatalkan puasa adalah adalah tindakan yang kurang sesuai. Malah ia juga amat digemari oleh ulama masa kini sehingga terdapat yang menghabiskan masa begitu lama untuk merangka fatwa, berijtihad dan meletakkan kaedah bagi sesuatu perbuatan. Adakalanya ia adalah isu yang tidak memerlukan perhatian begitu mendalam. 


Masalah ini dilihat semakin bertambah, apabila ijtihad dalam bab ini semakin bercambah hingga menyebabkan kesukaran orang kebanyakkan (awam) menjalankan ibadah ini dengan tenang kerana perincian perbuatan yang membatalkan puasa amat cabang (furu') dan terlampau banyak. Ia menyebabkan orang awam yang terhad kemampuan, masa dan rujukan sering berada dalam kebimbangan dengan isu batal dan tidak batal puasa ini. Lebih dikesali adalah perbincangan tentang ini juga ada meninggalkan perbincangan yang lebih besar berkenaan Ramadhan. (Taysir al-Fiqh - Fiqh As-Siyam, hlm 86-87) 

Sebagai contoh, antara isu terbesar yang patut diberikan fokus mendalam di waktu Ramadhan adalah :-

1) Raih Taqwa & Mendapatkan Keampunan : Sangat jelas arahan Allah dan RasulNya menegaskan keperluan kita berusaha meraih taqwa dan keampunan di dalam bulan ini. Perbincangan berkenaan kaedah, cara dan cabaran yang boleh menghalang kita mencapai target ini perlu diberikan perhatian lebih. 


2) Bulan Ingatan Fungsi Al-Quran : Firman Allah yang menyebut bahawa Al-Quran diturunkan di bulan Ramadhan ini sebagai petunjuk, dan bukti kebenaran petunjuk dan pembeza di antara haq dan yang batil. Justeru perbincangan berkenaan kemestian umat Islam kembali kepada Al-Quran sebagai satu-satunya formula untuk berjaya sebagai golongan bertaqwa dan selamat dunia akhirat perlu diperhebat. 

3) Amaran Terhadap Pengikis Pahala Ramadhan Yang 'Confirmed' : Sabda-sabda Nabi berkenaan tindakan yang boleh menghapuskan pahala puasa Ramadhan seperti bercakap kotor, nista, carut dan perbuatan jahat dan keji di waktu bulan ini. Ia perlu dipertekankan kerana ia adalah perkara yang disepakati bakal merosakkan pahala puasa seseorang walaupun ia tidak sampai membatalkan zahir puasanya.
4) Kaedah Penambah Pahala & Redha Allah di Bulan Ramadhan Yang 'Confirmed': Sabda-sabda Nabi yang mengandungi janji-janji dan tawaran Allah di bulan ini juga perlu diperluas kepada orang ramai agar semakin ramai yang berpotensi ke Syurga Allah sekaligus melemahkan fungsi Syaitan dan nafsu amarah yang sentiasa ingin mengajak kepada kemaksiatan.
Adapun isu perkara yang membatalkan puasa, sewajarnya ditumpukan kepada hukum yang disepakati sahaja.  Justeru, larangan yang disepakati tatkala puasa adalah menahan nafsu syahwat, menanggung lapar dan dahaga serta menahan diri dari bersetubuh dengan isteri di siang hari dengan niat ikhlas ibadat kerana Allah. Inilah yang dijelaskan dari al-Quran dan as-sunnah, demikian juga menjauhi kata-kata nista, bohong, mengumpat, cercaan dan lain-lain dosa anggota demi kerana Allah. Ia disebut di dalam ayat al-Baqarah : 187 dan disokong oleh hadith-hadith yang banyak.
Merokok, keluar darah haid atau nifas dan hilang aqal adalah dipersetujui secara sepakat ulama membatalkan puasa.
Adapun yang tidak disepakati, boleh dibincangkan cuma jangan sampai ia mengambil  perhatian utama kita apabila berada di dalam Ramdhan. Sebagai panduan, berikut disertakan beberapa hukum secara ringkas berkaitan puasa yang kerap ditanya oleh orang ramai :-

1) Darah keluar dari tubuh ; samada untuk berbekam, ambil darah pesakit, menderma darah, tercedera, darah dari hidung, tangan dan lain-lain.
Hukumnya : Tidak batal puasa kerana yang membatalkan adalah yang masuk ke tubuh melalui saluran terbuka hingga ke perut dan bukannya ‘yang keluar' dari tubuh. (As-Siyam Muhdathatuhu wa hawadithuhu, Dr Muhd ‘Uqlah, hlm 215). Manakala pandangan pembatalan puasa dengan berbekam yang berdalil hadith riwayat Abu Daud dan Ibn Majah dengan sanad sohih menurut Imam An-Nawawi, ia telah dipinda (nasakh) dengan hadith dari Ibn Abbas yang menyebut Nabi SAW berbekam dalam keadaan baginda berpuasa. (Riwayat Al-Bukari, 3/43) kerana hadith dari Ibn Abbas ini berlaku tatkala Haji Wida' dan terkemudian dari hadith yang menyebut batal kerana bekam. (Tasysir al-Fiqh, Qaradawi, hlm 90). Malah ini juga padangan majority mazhab kecuali Hanbali. ( Bidayatul Mujtahid, 1/247)

2) Memasukkan sesuatu ke dalam rongga terbuka dan dikeluarkan kembali tanpa sampai ke perut dan yang seumpamanya di bahagian kepala.
Ia seperti memasukkan alat tertentu ke dalam kemaluan wanita atau dubur ketika proses perubatan yang berkaitan, demikian juga memasukkan jari ke dalam hidung, telinga, mulut dan dubur.
Hukumnya : Tidak membatalkan puasa kecuali jika alatan itu dibiar tinggal di dalam kemaluan tadi, kerana illah @ faktor penyebab batal puasa adalah masuknya sesuatu berfizikal ke perut. Terkecuali juga, wanita atau lelaki yang memasukkan jarinya ke dubur atau kemaluannya dengan tujuan nafsu, maka ia membatalkan puasa, tetapi jika tujuan istinja' atau membasuhnya maka hukum yang lebih kuat menurut para ulama adalah tidak batal. (As-Siyam, Dr Md ‘Uqlah, hlm 211). Ini juga dipersetujui oleh Syeikh Atiyyah Saqar yang mengatakan masuk sesuatu ke telinga dan hidung yang tidak sampai ke perut atau bahagian otak adalah tidak membatalkan puasa. (Min Ahsanil Kalam fil Fatawa). Tidak dinafikan terdapat fatwa yang mengatakan batal, justeru, nasihat saya adalah lebih baik menjauhinya kiranya tiada tujuan yang agak mendesak. Kerana menjauhi yang khilaf (perbezaan pendapat) itu lebih baik.

3) Pil elak haid untuk puasa penuh :
Hukumnya : Harus dengan syarat tidak membawa mudarat kepada pusingan haidnya, dan memerlukan nasihat doktor Islam yang berwibawa. Namun yang terbaik adalah tidak menyekat haid, dan tidak menganggu kitaran fitrah yang telah ditentukan oleh Allah swt. selain itu wanita sedang haid juga masih boleh melaksanakan pelbagai jenis ibadah. 

4) Penyembur gas untuk pesakit lelah :
Hukumnya : Baru-baru ini pada bulan Julai 2007, Persidangan Majlis Fiqh Antarabangsa di Putrajaya ada membincangkan isu ini. Isu ini amat kerap dibincangkan oleh para ulama seantero dunia dan mereka berbeza pandangan  apabila sebahagian menyatakannya batal dan sebahagian lain menolak.
Menurut kajian terperinci bantuan para doktor, mendapati gas semburan itu punyai jisim-jisim putih yang jelas kelihatan jika di sembur di atas kertas. Selain itu, hampir 90 % darinya akan terus masuk ke tekak dan melekat di esophagus dan terus ke perut. Ini bermakna ianya jisim-jisim gas itu masuk ke perut setiap kali semburan. Justeru sudah pasti ia membatalkan puasa. Demikian pandangan awal dari Majlis Fiqh Antarabangsa yang bersidang Julai 2007 baru-baru ini, tetapi kemudiannya mereka menarik balik keputusan mereka untuk dibincangkan lebih terperinci dalam persidangan akan datang. 
Bagaimanapun para ulama masih perlu bergantung kepada makumat jelas dari para doktor bagi memberikan fatwa tepat. Sebahagian ulama seperti Syeikh At-Tantawi, Syeikh Dr Muhd ‘Uqlah, menyebut hukumnya tidak batal kerana gas itu hanya terhenti di paru-paru dan tidak masuk ke perut. Manakala, ubat lelah jenis hidu melalui hidung adalah membatalkan puasa kerana ia akan masuk ke bahagian kepala. (As-Siyam, Dr Md Uqlah, hlm 226)
Namun jelas para ulama berhati-hati dalam memberikan keputusan dalam hal ini kerana menyedari walaupun serbuk-serbuk dari inhaler tersebut boleh memasuki ruang perut, namun ia adalah satu keperluan mendesak buat pesakit athma dan tidak pula dilaksanakan secara saja-saja, bukan pula kerana nafsu lapar. 

5) Suntikan ke dalam tubuh melalui tangan, kaki selain rongga terbuka yang asal:
Hukumnya : Terdapat dua jenis : samada untuk berubat atau untuk menguatkan. Jika ia digunakan untuk mengurangkan demam, bius, 'pain killer' dan apa jua tujuan asas perubatan, ia disepakati tidak membatalkan puasa (Al-Qaradawi, hlm 100 ; ‘Uqlah , hlm 226). Demikian juga hukumnya suntikan kalsium dan sebagainya untuk kekuatan badan demi perubatan.
Berkenaan suntikan makanan, air seperti glukos dan sepertinya untuk tujuan perubatan; para ulama sekali lagi berbeza pandangan : Pandangan majoriti adalah : Tidak membatalkan puasa kerana ia tidak masuk ke dalam tubuh melalui rongga terbuka dan ia tidak mengenyangkan serta tidak bercanggah dengan hikmah puasa. Ia adalah fatwa oleh Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi, Syeikh Md Bakhit, Syeikh Abd Rahman Taj, Syeikh Ahmad As-Syurbashi, Keputusan Lajnah Fatwa Azhar tahun 1948 (Taysir Al-Fiqh As-Siyam, hlm 100; Fatawa Syar'iyyah, hlm 268 ; Yasalunaka, 5/53 dll ).
Bagaimanapun, suntikan jenis makanan ini membatalkan puasa terutama jika dilakukan secara sengaja untuk melarikan diri dari ujian keletihan lapar dahaga puasa.

6) Berkumur-kumur dan air masuk ke rongga hidung semasa wudhu.
Hukumnya : Tidak membatalkan puasa, cuma jika berlebihan berkumur ulama Syafie mengatakannya terbatal. Justeru, jauhilah berlebihan di ketika puasa adalah lebih baik.
Ia berdasarkan hadith : "Sempurnakan wudhu , basuhlah celah-celah jari jemarimu, dan lebih-lebihkan menyedut air ke hidungmu kecuali tatkala kamu berpuasa ( Riwayat Abu Daud , no 142 ; At-Tirmidzi, 788 ; Al-Hakim, Sohih menurut Ibn Khuzaymah, Ibn Hibban & Al-Hakim dan dipersetujui oleh Az-Zahabi ; albani ; Sohih).

7) Melakukan Maksiat seperti tidak solat 
Hukumnya : Tidak batal puasa menurut majoriti mazhab dan ulama. Akan tetapi dosa maksiat itu akan ditanggung berasingan mengikut jenis maksiat, malah mungkin bertambah besar dosanya kerana mencarik kehormatan Ramadhan. Pahala puasanya pula akan terhapus.Selain itu, ia juga mencarikkan keseluruhan tujuan berpuasa iaitu bagi melahirkan insan taqwa, beroleh keampunan dan jauh dari maksiat. (Qaradawi, hlm 104) Nabi bersabda : "Barangsiapa sempat bertemu Ramadhan dan tidak diampun dosanya, maka semakin jauh ia dengan Allah" (Riwayat Ibn Hibban)

8) Mencium lelaki dan wanita semasa berpuasa
Hukumnya : Mencium isteri atau suami tatkala berpuasa, tidak batal menurut majoriti ulama.
Ia berdasarkan beberapa dalil antaranya :-
كان رسول اللَّهِ  يُقَبِّلُ وهو صَائِمٌ وَيُبَاشِرُ وهو صَائِمٌ وَلَكِنَّهُ كان أَمْلَكَ لِإِرْبِهِ
Ertinya : "Nabi S.a.w mencium dan bermesra (dengan isterinya) dalam keadaan ia berpuasa, tetapi baginda adalah seorang yang menguasai diri dan nafsunya" (Riwayat Abu Daud,  2/311 ; Syuaib arnaout : Sohih)
Dan satu lagi adalah : -
 فجاء شاب فقال أقبل يا رسول الله وأنا صائم قال لا قال فجاء شيخ فقال أقبل وأنا صائم قال نعم قال فنظر بعضنا إلى بعض فقال النبي قد علمت لم نظر بعضكم إلى بعض إن الشيخ يملك نفسه رواه أحمد والطبراني في الكبير وفيه ابن لهيعة وحديثه حسن وفيه كلام
Ertinya : Kami bersama Nabi tiba-tiba didatangi oleh seorang pemuda dan bertanya : Aku berpuasa dan aku mencium isteriku, jawab nabi : Jangan ; tiba-tiba dating seorang tua dan bertanya soalan yang sama : Jawab nabi : Ye ( tiada masalah) ; kami kami saling berpandangan antara satu sama lain, maka nabi berkata :-
"aku tahu apa mengapa kamu saling berpandangan antara satu sama lain, sesungguhnya orang tua mampu mengawal dirinya (nafsu)" (Riwayat Ahmad dan At-Tabrani, sanad terdapat Ibn Lahi'ah yang diperkatakan tentangnya, menyebabkan hadis dianggap dhoif)
Al-Qaradawi pula menambah "berapa ramai orang tua zaman sekarang yang turut tidak mampu mengawal nafsunya " (Fiqh As-Siyam, hlm 106 )
Kesimpulannya, ia tidak membatalkan puasa dan ciuman sebegini tidak harus jika ia boleh membawa mudarat seperti menaikkan nafsu dan boleh membawa kepada persetubuhan di siang hari Ramadhan.

9) Wanita tamat haid
Wanita tamat haid pada waktu malam dan sempat niat pada waktu malamnya sebelum naik fajar subuh. Ia dikira sah walaupun belum mandi hadas. Jika ia tidak sempat berniat sebelum fajar subuh, seperti belum makan dan minum apa-apa pada pagi itu, kemudian pada jam 8 pagi haidnya kering, ia tidak dikira boleh berpuasa pada hari itu kerana tiada niat bagi puasa wajib boleh dibuat selepas terbit fajar.
Demikian juga ditegaskan oleh majoriti ulama (Al-Mughni, Ibn Quddamah, 4/201)
Dalilnya adalah :-
من لم يُجْمِعْ الصِّيَامَ قبل الْفَجْرِ فلا صِيَامَ له
Ertinya : "Barangsiapa yang tidak berniat untuk puasa sebelum fajar, tiada puasa (wajib) baginya" ( Riwayat Abu Daud, 3/108 ; Albani : Sohih )

10) Keluar air mazi
Air mazi adalah air yang keluar dari kemaluan lelaki atau perempuan kerana naik syahwat. Banyak persoalan berkenaan keluarnya air mazi semasa berpuasa, samada ia membatalkan puasa atau tidak.?
Zahir dalam mazhab Hanbali menyatakan, ia membatalkan puasa.
Bagaimanapun mazhab Hanafi, Syafie, Awzai'e, Hasan albasri, As-Sya'bi dan Imam Ahmad dalam satu pendapatnya berfatwa keluarnya air mazi tidak membatalkan puasa. Saya lebih cenderung dengan pendapat ini.

11) Keluar air mani tanpa setubuh
Mencium dan menyentuh melalui onani sehingga keluarnya mani dengan syahwat adalah membatalkan puasa dan wajib qadha, ia adalah disepakati oleh seluruh ulama.
Adapun keluarnya air mani hanya kerana berfikir lucah dan melihat dengan syahwat, ia tidaklah batal menurut sebahagian ulama termasuk mazhab Syafie, Hanafi. (Al-Mughni, 4/159)
Manakala mazhab Hanbali dan Maliki mengatakannya batal.
Walau bagaimanapun, saya lebih cenderung dengan pendapat yang mengatakannya batal kerana ia benar-benar bercanggah dengan tujuan dan maqasid puasa dalam Islam. Selain itu, ia juga adalah sama dengannya keluar mani kerana sentuhan.
Keluar air mani kerana bermimpi di siang hari Ramadhan atau kerana sakit tertentu. Sepakat ulama menyatakan ia tidak membatalkan puasa.

12) Menelan air liur dan kahak
Hukum : Ia tidak membatalkan puasa disebabkan terlalu sukarnya untukmenjaga hal seperti ini. (Al-Mughni, Ibn Quddamah, 4/159). Manakala Kahak yang selagi ia belum sampai ke anggota mulut (sebelah hadapan lidah), iaitu masih berada pada had tekak maka tidak membatalkan puasa jika ditelan. Kerana ia masih tidak keluar daripada anggota zahir. Kahak yang sudah sampai pada mulut, inilah yang menjadi khilaf adakah membatalkan puasa atau tidak. Ada pendapat yang mengatakan batal dan ada pendapat yang mengatakan tidak batal. Sebahagian ulama berpendapat HARAM menelannya dengan sengaja kerana ia adalah kotoran. Jadi, kesimpulan yang terpilih adalah kahak yang sampai ke mulut haram ditelan dan kebanyakan ulama menyatakan ia membatalkan puasa. Manakala yang berada di bahagian pangkal lidah dan tekak, jika ditelan tidak membatalkan puasa.


13 ) Mandi
Tiada masalah untuk orang berpuasa mandi, ia tidak membatalkan puasa. Dalilnya adalah hadis yang menunjukkan Nabi s.a.w mengizinkan orang yang junub mandi selepas waktu subuh, namun mandi junub adalah wajib, bagaimana pula mandi sunat atau harian yang biasa?.  Jawapnya ia tidak membatalkan puasa malah sahabat besar seperti Ibn Abbas juga pernah disebutkan mandi ketika berpuasa. Anas bin Malik pula adakalanya merendam kepalanya di dalam batu dipenuhi air (seperti telaga) akibat bersangatan panas. (Rujuk Fath Al-bari). Cuma  puasa hanya boleh batal apabila seseorang mandi sambil mencuri minum sebagaimana yang mungkin dilakukan oleh para remaja dan lainnya, maka ia batal kerana minum dan bukan mandi itu sendiri.

14) Berniat berbuka atau membatalkan puasa sebelum waktu.
Tindakan sebegini adalah membatalkan puasa menurut mazhab Syafie, Hanbali dan Hanafi. Cuma jika dengan segera seseorang itu kembali berniat dan membetulkan niatnya tadi, puasa tidak terbatal.
Justeru, seluruh individu berpuasa wajib menjaga niatnya agar tidak terpesong untuk membatalkannya. Imam Ibn Qudamah menolak pandangan yang mengatakan tidak batal kerana ibadah itu adalah berdasarkan niat seperti solat juga yang akan terbatal jika berniat membatalkannya. (Al-Mughni, 4/175)

Oleh : Dr. Zaharuddin Abd Rahman

Saturday, 13 July 2013

Amalan Rohani

Assalamualaikum wtbh

Amalan rohani merupakan sesuatu amalan yang paling agung dan sangat bernilai. Kita sering lalai dan leka untuk mengangkat beberapa amalan rohani. 
Antara amalan rohani tersebut adalah :

1. Ikhlas - hakikat agama dan KUNCI DAKWAH para Rasul.
2. Tawakkal - adalah penyandaran hati kepada Allah.
3. Rasa Takut - adalah kewajiban seorang mukmin.
4. Syukur - pengakuan atas nikmat ilahi kepada hamba-Nya.
5. Sabar - orang-orang yang bersabar akan selalu bersama Allah.
6. Redha - dengan tidak membenci apapun yang terjadi dari takdir-Nya.
7. Taqwa - bersiap untuk menghadapi hari akhir.

Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak
Berjasa Kepada Masyarakat



Wednesday, 26 June 2013

JOM berhusnuzon dengan JEREBU

*Assalamualaikum wtbh*

Alhamdulillah, JEREBU..!!!

JOM...tengok jerebu dengan mata husnuzon ^_^

Allah swt beri ujian jerebu kepada kita kerana :
 DIA nak kita habiskan masa bersama2 keluarga di rumah. Mungkin dek kerana terlalu sibuk menghabiskan masa dengan aktiviti luar, kita terlupa nak menghabiskan masa bersama2 keluarga. Jom, ambil kesempatan ini untuk eratkan jalinan kasih sayang bersama2 keluarga 
 DIA nak kita kurangkan bercakap dan perbanyakkan diam. Bila dah jerebu ni ramai yang sakit tekak, demam dan batuk. Di samping sakit itu boleh menjadi kafarah kepada dosa2 kita, sakit tersebut juga boleh mengurangkan dosa2 kita bercakap perkara2 yang lagha dan mengumpat. Jom, ambil kesempatan ini untuk muhasabah diri dan belajar untuk kurangkan mengumpat mahupun bercakap perkara2 yang lagha 
 DIA nak kita laksanakan hak pada tubuh badan kita. Dengan adanya jerebu, minda kita secara automatik akan mengarahkan diri kita untuk menjaga kesihatan diri dengan 'extra protection'. Mungkin kebelakangan ini, kita terlalu kerap menghidangkan perut kita dengan makanan dan minuman yang kurang sihat. Bila adanya jerebu, kita pasti akan kerap untuk minum air mineral. Banyak kelebihan yang kita dapat jika selalu minum air mineral berbanding air lain. Contohnya menyeimbangkan suhu badan, mengurangkan risiko kanser dan penyakit jantung, memantapkan metabolisma, dll. Malah, perut dan badan kita juga dapat rehat sebelum tibanya Ramadhan. Jom, ambil kesemptan ini untuk belajar agar tidak lupa melaksanakan hak tubuh badan kita 
 DIA nak kita laksanakan hak bumi. Pandai menumpang kat bumi, pandailah balas jasa bumi balik. Jerebu ini ibarat bicara hati bumi yang ingin menyatakan kepada kita bahawa dia tengah sakit. Awan pun mogok tak nak turunkan hujan kerana dia nak manusia dengar jeritan hati bumi yang ingin lebih di sayangi. Jom, ambil kesempatan ini untuk belajar agar lebih menyayangi bumi dan alam sekitar 
 DIA nak tengok reaksi hamba2NYA. Iman mereka macam mana? Perkataan yang keluar dari mulut mereka macam mana? Adakah mereka banyak mengeluarkan kata2 kesat atau beristighfar bila di uji dengan jerebu? Menyalahkan DIA atau tidak? Adakah hamba2NYA jadikan jerebu sebagai alasan untuk tidak dapat beribadat? Adakah hamba2NYA akan saling menuding jari atau bersatu hati tatkala mencari solusi? Jom, ambil kesempatan ini untuk meningkatkan lagi iman kita 

" Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka. "
(Surah Ali Imran : 191)


Allahumma solli ala Muhammad



Wednesday, 12 June 2013

Nah..ini surat untuk awak, dia dan saya ^_^

Andai awak nampak muslimah yang bertudung TETAPI :

-baju lengan pendek
-pakaian seksa (ketat, jarang, etc..)
-sanggul tinggi menggunung
-jalan goyang pinggul
-make up tebal ber'inci2
-bertepuk tampar dengan lelaki
-dan macam2 lagi

Chill...jangan terus emo, moha, or 'ngereco' ^_^ Allah Maha Mengetahui kepingan2 hati mereka. Boleh jadi, ada terdetik di benak hati mereka untuk berubah, namun belum berani untuk melangkah. Jangan awak musnahkan 'niat berharga' itu dengan cacian, tohmahan, herdikan mahupun sindiran yang menyeksa jiwa raga. Biasalah, untuk berubah..mana boleh terus pecut or mengejut.

:) Macam kita yang baru belajar nak memandu jugak. Awak dulu mula2 belajar terus pecut 150km/h ke?? Jangan bohong lah k :D Mula2, buka pintu kereta, duduk & selesakan diri dengan tempat duduk, adjust front n side mirrow, guna tali pinggang, etc. Samalah dengan mereka yang nak berubah, kena ekot step.

:) Kalau nak pandu kereta, kenal dulu isi2 dalamnya. Mana kedudukan minyak, brek, etc. Nak berubah? Kenal dan ketahui kemampuan diri sendiri dulu. Jangan Dr. SMS pergi ke bulan, awak pun nak ke bulan jugak. Maksudnya, ekot tahap kemampuan masing2. Dapat berubah setakat mana jer dulu?

:) Sebelum memandu, panaskan enjin dulu. Dalam bab nak berubah, kena cekalkan semangat dulu, pasak pada diri dalam2.. "AKU NAK BERUBAH KE ARAH REDHA ALLAH!". Gambate!!! Amalkan DUIT (Doa , Usaha, Istiqomah, Tawakal).

:) Jangan pandu kereta laju2. Nanti accident..! Ha, camtu jugak kalau nak berubah. Jangan rushing sangat. Biar perlahan2 supaya nanti tak penat di tengah jalan or 'panas2 taik manok'.

Andai betul awak sakit mata tengok dia,muslimah, sebegitu rupa..apa kata, pasang niat untuk bantu dia ^_^ 

-berdoa untuk dia
-bagi dia hadiah tudung, baju muslimah, etc..
-puji dia.. "subhanallah, awak cantik sangat bila pakai tudung tapi lebih cantik lagi kalau ....."
(AMARAN : adegan ini hanya untuk sesama muslimah saja ya ^_^ )

-Beri nasihat & tegur dia dengan cara yang baik.

(PERHATIAN : Saidina Abu Bakar as-Siddiq pernah berkata " Menegur orang di depan khalayak ramai, itu BUKAN suatu NASIHAT tetapi ia merupakan suatu CELAAN ." )

-dan banyak lagi caranya.. be creative ^_^

Kesimpulannya, jangan cepat melatah, emo, moha, or 'ngereco' bila jumpa muslimah sebegini rupa. Bila awak kata "aku peduli apa nya manas ka, kecik ati ka,sukatinya pun. Janji mata aku sik sakit" Awak..nak sakit di mata or sakit di neraka? :) Setiap orang ada hati dan perasaan. Jangan cabar kehebatan lidah, nanti badan binasa.

Minta maaf kalau ada yang terasa. Jujur, post ini tidak menfocuskan kepada sesiapa. Cuma, peringatan, nasihat dan sesi buka minda untuk semua.

Pecah kaca pecah gelasHabis baca..tak payah balas. ^_^

Allahumma solli ala Muhammad


Saturday, 8 June 2013

*Assalamualaikum wtbh*

Untuk memahami, mendalami dan mempelajari ISLAM...gunalah AL-QURAN & HADIS terlebih dahulu sebelum menggunakan MATA & LOGIK AKAL.

Situasi 1: Mr.A telah selesai mengambil wuduk untuk menunaikan solat fardhu Zohor. Tiba2 Mr.A terkentut. Dia terus mengambil wuduk sekali lagi dengan membasuh semua anggota wuduk dengan sempurna dan tertib. Sah atau tidak wuduk Mr.A?

Jawapan AL-QURAN & HADIS: Alhamdulillah, sah. Mr.A telah mengambil wuduk mengikut rukunnya dengan tertib.

Jawapan MATA & LOGIK AKAL: Of course lah tak sah. Yang mengeluarkan kentut adalah punggung. Bukannya muka, tangan, ubun2 mahupun kaki. So, kalau Mr.A terbatal wuduk disebabkan kentut, dia perlulah menbasuh punggung sahaja kerana kawasan itu yang mengeluarkan gas. Kalau terbatal wuduk dek terkorek hidung, maka dengan itu barulah Mr.A menbasuh hidung. (astaghfirullah)

Situasi 2: Nabi Muhammad saw telah melalui peristiwa Israk Mikraj hanya dalam masa 1 hari dan pada saat itu baginda saw telah menyaksikan malaikat Jibril as dalam bentuk asalnya.

Jawapan AL-QURAN & HADIS: Subhanallah. Maha Suci Allah. Itulah kekuasaan Allah swt. Cukup dengan hanya mengatakan 'kun faya kun', maka tiada yang mustahil bagi NYA. Nabi Muhammad saw adalah al-amin. Baginda saw tidak akan pernah sesekali berbohong.

Jawapan MATA & LOGIK AKAL: Tak logik langsung kisah ni. Mungkin ini cuma kisah dongeng orang2 dahulu yang diyakini bahawa itu adalah kisah benar. Biasalah mentaliti orang zaman dulu2...senang untuk dijajah mindanya. Ibarat mentaliti budak2 zaman sekarang yang dijajah dengan kisah Spiderman, Harry Potter, etc. Kalau benar sayap malaikat Jibril as mampu untuk menutupi semestar alam ini, kenapa pada saat itu manusia2 lain tidak nampak akan kehadiran Jibril as? Kenapa cuma baginda saw? (astaghfirullah).

Banyak perkara di dalam dunia ini yang tidak dapat di capai dek logik akal. Syurga, neraka, malaikat, syaitan,etc.. Itulah kelebihan dan kekuatan ISLAM, dimana Allah swt menguji keIMANan hamba2NYA. YAKIN atau TIDAK YAKIN kepada diriNYA.

JOM...gunalah AL-QURAN & HADIS terlebih dahulu sebelum menggunakan MATA & LOGIK AKAL

Allahumma solli ala Muhammad