*Assalamualaikum wtbh*
Alhamdulillah, JEREBU..!!!
JOM...tengok jerebu dengan mata husnuzon ^_^
Allah swt beri ujian jerebu kepada kita kerana :
DIA nak kita habiskan masa bersama2 keluarga di rumah. Mungkin dek kerana terlalu sibuk menghabiskan masa dengan aktiviti luar, kita terlupa nak menghabiskan masa bersama2 keluarga. Jom, ambil kesempatan ini untuk eratkan jalinan kasih sayang bersama2 keluarga
DIA nak kita kurangkan bercakap dan perbanyakkan diam. Bila dah jerebu ni ramai yang sakit tekak, demam dan batuk. Di samping sakit itu boleh menjadi kafarah kepada dosa2 kita, sakit tersebut juga boleh mengurangkan dosa2 kita bercakap perkara2 yang lagha dan mengumpat. Jom, ambil kesempatan ini untuk muhasabah diri dan belajar untuk kurangkan mengumpat mahupun bercakap perkara2 yang lagha
DIA nak kita laksanakan hak pada tubuh badan kita. Dengan adanya jerebu, minda kita secara automatik akan mengarahkan diri kita untuk menjaga kesihatan diri dengan 'extra protection'. Mungkin kebelakangan ini, kita terlalu kerap menghidangkan perut kita dengan makanan dan minuman yang kurang sihat. Bila adanya jerebu, kita pasti akan kerap untuk minum air mineral. Banyak kelebihan yang kita dapat jika selalu minum air mineral berbanding air lain. Contohnya menyeimbangkan suhu badan, mengurangkan risiko kanser dan penyakit jantung, memantapkan metabolisma, dll. Malah, perut dan badan kita juga dapat rehat sebelum tibanya Ramadhan. Jom, ambil kesemptan ini untuk belajar agar tidak lupa melaksanakan hak tubuh badan kita
DIA nak kita laksanakan hak bumi. Pandai menumpang kat bumi, pandailah balas jasa bumi balik. Jerebu ini ibarat bicara hati bumi yang ingin menyatakan kepada kita bahawa dia tengah sakit. Awan pun mogok tak nak turunkan hujan kerana dia nak manusia dengar jeritan hati bumi yang ingin lebih di sayangi. Jom, ambil kesempatan ini untuk belajar agar lebih menyayangi bumi dan alam sekitar
DIA nak tengok reaksi hamba2NYA. Iman mereka macam mana? Perkataan yang keluar dari mulut mereka macam mana? Adakah mereka banyak mengeluarkan kata2 kesat atau beristighfar bila di uji dengan jerebu? Menyalahkan DIA atau tidak? Adakah hamba2NYA jadikan jerebu sebagai alasan untuk tidak dapat beribadat? Adakah hamba2NYA akan saling menuding jari atau bersatu hati tatkala mencari solusi? Jom, ambil kesempatan ini untuk meningkatkan lagi iman kita
" Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka. "
(Surah Ali Imran : 191)
Allahumma solli ala Muhammad

No comments:
Post a Comment