Thursday, 6 June 2013

Adakah Anda Tertekan??

*Assalamualaikum wtbh*

 ARGHHH.......TERTEKAN...!!!!!!!!!!!! "aku TERTEKAN dengan kerja, aku TERTEKAN dengan tanggungjawab, aku TERTEKAN dengan assignment, aku TERTEKAN dengan masalah keluarga, aku TERTEKAN dengan masalah sahabat...pokoknya aku TERTEKAN dengan masalah dunia " Ha...pernah tak sahabat2 rasa macam nie ^____^ TEKANAN. Tekanan itu juga adalah makhluk Allah swt. Oleh kerana manusia adalah makhluk ciptaan Allah swt yang mempunyai sikap malas yang bermaharajalela, Allah swt telah menurunkan makhluk yang bernama TEKANAN kepada hamba2NYA kerana TEKANAN itu mampu memaksa manusia untuk lebih maju kehadapan. Nak tak nak...kena maju kehadapan jugak, kena berusaha jugak, tak boleh putus asa. Kalau tak, tekanan takkan hilang ^o^ Jeritlah pada seisi dunia sekalipun bahawa kita tidak mampu untuk berlari dengan pantas. Namun, jika kita ditakdirkan dikejar oleh seekor harimau..percaya atau tidak...kelajuan larian kita mampu menandingi Usain Bolt, Raja Pecut Dunia. Itulah kehebatan tekanan yang kita tidak sedar. Kita tidak sedar akan tahap kemampuan diri kita sendiri sehinggalah saat genting itu tiba. Kadang-kadang, kemampuan kita melebihi kepercayaan kita pada diri sendiri. Jangan pandang rendah pada kuasa tekanan JOM, sahabat2 sekalian...hadapi setiap masalah dengan penuh kesabaran.

 Allahumma solli ala Muhammad ^_^

No comments:

Post a Comment