Wednesday, 26 June 2013

JOM berhusnuzon dengan JEREBU

*Assalamualaikum wtbh*

Alhamdulillah, JEREBU..!!!

JOM...tengok jerebu dengan mata husnuzon ^_^

Allah swt beri ujian jerebu kepada kita kerana :
 DIA nak kita habiskan masa bersama2 keluarga di rumah. Mungkin dek kerana terlalu sibuk menghabiskan masa dengan aktiviti luar, kita terlupa nak menghabiskan masa bersama2 keluarga. Jom, ambil kesempatan ini untuk eratkan jalinan kasih sayang bersama2 keluarga 
 DIA nak kita kurangkan bercakap dan perbanyakkan diam. Bila dah jerebu ni ramai yang sakit tekak, demam dan batuk. Di samping sakit itu boleh menjadi kafarah kepada dosa2 kita, sakit tersebut juga boleh mengurangkan dosa2 kita bercakap perkara2 yang lagha dan mengumpat. Jom, ambil kesempatan ini untuk muhasabah diri dan belajar untuk kurangkan mengumpat mahupun bercakap perkara2 yang lagha 
 DIA nak kita laksanakan hak pada tubuh badan kita. Dengan adanya jerebu, minda kita secara automatik akan mengarahkan diri kita untuk menjaga kesihatan diri dengan 'extra protection'. Mungkin kebelakangan ini, kita terlalu kerap menghidangkan perut kita dengan makanan dan minuman yang kurang sihat. Bila adanya jerebu, kita pasti akan kerap untuk minum air mineral. Banyak kelebihan yang kita dapat jika selalu minum air mineral berbanding air lain. Contohnya menyeimbangkan suhu badan, mengurangkan risiko kanser dan penyakit jantung, memantapkan metabolisma, dll. Malah, perut dan badan kita juga dapat rehat sebelum tibanya Ramadhan. Jom, ambil kesemptan ini untuk belajar agar tidak lupa melaksanakan hak tubuh badan kita 
 DIA nak kita laksanakan hak bumi. Pandai menumpang kat bumi, pandailah balas jasa bumi balik. Jerebu ini ibarat bicara hati bumi yang ingin menyatakan kepada kita bahawa dia tengah sakit. Awan pun mogok tak nak turunkan hujan kerana dia nak manusia dengar jeritan hati bumi yang ingin lebih di sayangi. Jom, ambil kesempatan ini untuk belajar agar lebih menyayangi bumi dan alam sekitar 
 DIA nak tengok reaksi hamba2NYA. Iman mereka macam mana? Perkataan yang keluar dari mulut mereka macam mana? Adakah mereka banyak mengeluarkan kata2 kesat atau beristighfar bila di uji dengan jerebu? Menyalahkan DIA atau tidak? Adakah hamba2NYA jadikan jerebu sebagai alasan untuk tidak dapat beribadat? Adakah hamba2NYA akan saling menuding jari atau bersatu hati tatkala mencari solusi? Jom, ambil kesempatan ini untuk meningkatkan lagi iman kita 

" Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka. "
(Surah Ali Imran : 191)


Allahumma solli ala Muhammad



Wednesday, 12 June 2013

Nah..ini surat untuk awak, dia dan saya ^_^

Andai awak nampak muslimah yang bertudung TETAPI :

-baju lengan pendek
-pakaian seksa (ketat, jarang, etc..)
-sanggul tinggi menggunung
-jalan goyang pinggul
-make up tebal ber'inci2
-bertepuk tampar dengan lelaki
-dan macam2 lagi

Chill...jangan terus emo, moha, or 'ngereco' ^_^ Allah Maha Mengetahui kepingan2 hati mereka. Boleh jadi, ada terdetik di benak hati mereka untuk berubah, namun belum berani untuk melangkah. Jangan awak musnahkan 'niat berharga' itu dengan cacian, tohmahan, herdikan mahupun sindiran yang menyeksa jiwa raga. Biasalah, untuk berubah..mana boleh terus pecut or mengejut.

:) Macam kita yang baru belajar nak memandu jugak. Awak dulu mula2 belajar terus pecut 150km/h ke?? Jangan bohong lah k :D Mula2, buka pintu kereta, duduk & selesakan diri dengan tempat duduk, adjust front n side mirrow, guna tali pinggang, etc. Samalah dengan mereka yang nak berubah, kena ekot step.

:) Kalau nak pandu kereta, kenal dulu isi2 dalamnya. Mana kedudukan minyak, brek, etc. Nak berubah? Kenal dan ketahui kemampuan diri sendiri dulu. Jangan Dr. SMS pergi ke bulan, awak pun nak ke bulan jugak. Maksudnya, ekot tahap kemampuan masing2. Dapat berubah setakat mana jer dulu?

:) Sebelum memandu, panaskan enjin dulu. Dalam bab nak berubah, kena cekalkan semangat dulu, pasak pada diri dalam2.. "AKU NAK BERUBAH KE ARAH REDHA ALLAH!". Gambate!!! Amalkan DUIT (Doa , Usaha, Istiqomah, Tawakal).

:) Jangan pandu kereta laju2. Nanti accident..! Ha, camtu jugak kalau nak berubah. Jangan rushing sangat. Biar perlahan2 supaya nanti tak penat di tengah jalan or 'panas2 taik manok'.

Andai betul awak sakit mata tengok dia,muslimah, sebegitu rupa..apa kata, pasang niat untuk bantu dia ^_^ 

-berdoa untuk dia
-bagi dia hadiah tudung, baju muslimah, etc..
-puji dia.. "subhanallah, awak cantik sangat bila pakai tudung tapi lebih cantik lagi kalau ....."
(AMARAN : adegan ini hanya untuk sesama muslimah saja ya ^_^ )

-Beri nasihat & tegur dia dengan cara yang baik.

(PERHATIAN : Saidina Abu Bakar as-Siddiq pernah berkata " Menegur orang di depan khalayak ramai, itu BUKAN suatu NASIHAT tetapi ia merupakan suatu CELAAN ." )

-dan banyak lagi caranya.. be creative ^_^

Kesimpulannya, jangan cepat melatah, emo, moha, or 'ngereco' bila jumpa muslimah sebegini rupa. Bila awak kata "aku peduli apa nya manas ka, kecik ati ka,sukatinya pun. Janji mata aku sik sakit" Awak..nak sakit di mata or sakit di neraka? :) Setiap orang ada hati dan perasaan. Jangan cabar kehebatan lidah, nanti badan binasa.

Minta maaf kalau ada yang terasa. Jujur, post ini tidak menfocuskan kepada sesiapa. Cuma, peringatan, nasihat dan sesi buka minda untuk semua.

Pecah kaca pecah gelasHabis baca..tak payah balas. ^_^

Allahumma solli ala Muhammad


Saturday, 8 June 2013

*Assalamualaikum wtbh*

Untuk memahami, mendalami dan mempelajari ISLAM...gunalah AL-QURAN & HADIS terlebih dahulu sebelum menggunakan MATA & LOGIK AKAL.

Situasi 1: Mr.A telah selesai mengambil wuduk untuk menunaikan solat fardhu Zohor. Tiba2 Mr.A terkentut. Dia terus mengambil wuduk sekali lagi dengan membasuh semua anggota wuduk dengan sempurna dan tertib. Sah atau tidak wuduk Mr.A?

Jawapan AL-QURAN & HADIS: Alhamdulillah, sah. Mr.A telah mengambil wuduk mengikut rukunnya dengan tertib.

Jawapan MATA & LOGIK AKAL: Of course lah tak sah. Yang mengeluarkan kentut adalah punggung. Bukannya muka, tangan, ubun2 mahupun kaki. So, kalau Mr.A terbatal wuduk disebabkan kentut, dia perlulah menbasuh punggung sahaja kerana kawasan itu yang mengeluarkan gas. Kalau terbatal wuduk dek terkorek hidung, maka dengan itu barulah Mr.A menbasuh hidung. (astaghfirullah)

Situasi 2: Nabi Muhammad saw telah melalui peristiwa Israk Mikraj hanya dalam masa 1 hari dan pada saat itu baginda saw telah menyaksikan malaikat Jibril as dalam bentuk asalnya.

Jawapan AL-QURAN & HADIS: Subhanallah. Maha Suci Allah. Itulah kekuasaan Allah swt. Cukup dengan hanya mengatakan 'kun faya kun', maka tiada yang mustahil bagi NYA. Nabi Muhammad saw adalah al-amin. Baginda saw tidak akan pernah sesekali berbohong.

Jawapan MATA & LOGIK AKAL: Tak logik langsung kisah ni. Mungkin ini cuma kisah dongeng orang2 dahulu yang diyakini bahawa itu adalah kisah benar. Biasalah mentaliti orang zaman dulu2...senang untuk dijajah mindanya. Ibarat mentaliti budak2 zaman sekarang yang dijajah dengan kisah Spiderman, Harry Potter, etc. Kalau benar sayap malaikat Jibril as mampu untuk menutupi semestar alam ini, kenapa pada saat itu manusia2 lain tidak nampak akan kehadiran Jibril as? Kenapa cuma baginda saw? (astaghfirullah).

Banyak perkara di dalam dunia ini yang tidak dapat di capai dek logik akal. Syurga, neraka, malaikat, syaitan,etc.. Itulah kelebihan dan kekuatan ISLAM, dimana Allah swt menguji keIMANan hamba2NYA. YAKIN atau TIDAK YAKIN kepada diriNYA.

JOM...gunalah AL-QURAN & HADIS terlebih dahulu sebelum menggunakan MATA & LOGIK AKAL

Allahumma solli ala Muhammad 



Friday, 7 June 2013

Nak mengHalalkan khinzir yang Haram??

Saya ada 3 soalan yang sangat mudah untuk dijawab.

Q1 : Awak...khinzir tu halal atau haram?

Matlamat XYZ adalah ingin makan khinzir yang halal. Jadi, XYZ pelihara seekor baby khinzir. Tiap hari2 XYZ bagi khinzir tu mandi dengan menggunakan air bacaan Surah Yassin. Kalau tiba jer waktu makan, XYZ bagi dia makan makanan yang halal dan bersih. XYZ takkan biarkan khinzir dia makan benda2 yang kotor. XYZ bagi dia pakai baju yang cantik2. XYZ tak letak dia dalam kandang sebab XYZ nak dia tinggal di tempat yang bersih, dalam rumah. Bila khinzir tu dah besar, XYZ cadang nak makan khinzir tu. Jadi, keesokannya..XYZ sembelih khinzir tu Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. 

Q2 : Macam2 cara yang XYZ dah buat untuk mencapai matlamatnya. Sekarang, persoalan saya, khinzir tu jadi halal atau haram?

Awak, bila Allah swt dah tetapkan sesuatu tu HARAM..maka, ianya TETAP HARAM! Tak kisahlah dengan alasan apa sekalipun dan dengan cara apa sekalipun awak buat untuk menghalalkan yang haram..ianya tetap haram. 

MATLAMAT TAK MENGHALALKAN CARA! Bila DIA dah kata HARAM, maka tiada siapa yang dapat membuatkan sesuatu perkara tu jadi HALAL termasuk kekasihNYA sendiri, Rasulullah saw. 

Q3 : Jom, muhasabah diri kita sendiri. Rasa2nya,ada tak perkara yang dah sedia maklum ianya haram tapi kita bagi 1001 alasan dan kita buat 1001 cara untuk menjadikan ianya nampak halal? 

Astaghfirullah. Peringatan untuk awak & berjuta2 kali ianya menjadi peringatan untuk diri saya. Minta maaf kalau ada yang terasa. Jujur, post ini tidak menfocuskan kepada sesiapa. Cuma peringatan, nasihat dan sesi buka minda untuk semua. 

p/s : Kita,umat Islam, cuma boleh makan khinzir bilamana kita berada di dalam keadaan yang darurat yakni pada waktu tu takde makanan lain selain khinzir dan kita akan mati kalau tidak makan. Itupun, Allah swt tak suruh kita makan sampai kenyang. Makan cukup2 mampu untuk mengembalikan tenaga kita jer. Wallahualam.-kalau salah, tolong perbetulkan-

Allahumma solli ala Muhammad

Thursday, 6 June 2013

Adakah Anda Tertekan??

*Assalamualaikum wtbh*

 ARGHHH.......TERTEKAN...!!!!!!!!!!!! "aku TERTEKAN dengan kerja, aku TERTEKAN dengan tanggungjawab, aku TERTEKAN dengan assignment, aku TERTEKAN dengan masalah keluarga, aku TERTEKAN dengan masalah sahabat...pokoknya aku TERTEKAN dengan masalah dunia " Ha...pernah tak sahabat2 rasa macam nie ^____^ TEKANAN. Tekanan itu juga adalah makhluk Allah swt. Oleh kerana manusia adalah makhluk ciptaan Allah swt yang mempunyai sikap malas yang bermaharajalela, Allah swt telah menurunkan makhluk yang bernama TEKANAN kepada hamba2NYA kerana TEKANAN itu mampu memaksa manusia untuk lebih maju kehadapan. Nak tak nak...kena maju kehadapan jugak, kena berusaha jugak, tak boleh putus asa. Kalau tak, tekanan takkan hilang ^o^ Jeritlah pada seisi dunia sekalipun bahawa kita tidak mampu untuk berlari dengan pantas. Namun, jika kita ditakdirkan dikejar oleh seekor harimau..percaya atau tidak...kelajuan larian kita mampu menandingi Usain Bolt, Raja Pecut Dunia. Itulah kehebatan tekanan yang kita tidak sedar. Kita tidak sedar akan tahap kemampuan diri kita sendiri sehinggalah saat genting itu tiba. Kadang-kadang, kemampuan kita melebihi kepercayaan kita pada diri sendiri. Jangan pandang rendah pada kuasa tekanan JOM, sahabat2 sekalian...hadapi setiap masalah dengan penuh kesabaran.

 Allahumma solli ala Muhammad ^_^